fb fb fb fb fb

Tiada insentif, subsidi untuk pengusaha Menu Rahmah

(FOTO FAIL/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 3 April- Kerajaan belum bercadang untuk menawarkan subsidi bagi pengusaha Menu Rahmah.

Bagaimanapun, insentif dalam bentuk promosi melalui platform media dan portal Menu Rahmah diberikan bagi membantu para pengusaha terlibat.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, pelaksanaan Menu Rahmah adalah atas dasar sukarela dan komitmen pengusaha untuk membantu kerajaan meringankan beban kos sara hidup rakyat.

"Dari pemantauan dan maklum balas di lapangan dari pengusaha kedai makan, Menu Rahmah telah menjadi daya tarikan untuk pelanggan mendatangai kedai makan tersebut dan secara tidak langsung telah meningkatkan jualan pengusaha-pengusaha tersebut," katanya.


(Tmbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh)

Beliau menjawab pertanyaan Senator Balasubramaniam Nachiappan di Dewan Negara.

Sehingga 28 Mac lalu, sebanyak 1,531 pengusaha makanan dan minuman telah menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.

Media Baharu