fb fb fb fb fb

Polis Kulim terima 26 permohonan permit jual mercun, bunga api

(FOTO HIASAN)

KULIM, 3 April- Sebanyak 26 permohonan permit penjualan mercun dan bunga api, setakat ini dipohon kepada polis daerah Kulim, Kedah.

Daripada jumlah itu, hanya sembilan permohonan telah diluluskan, manakala 17 permohonan lagi belum mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Mohd Redzuan Salleh berkata setakat ini terdapat empat buah syarikat membuat permohonan permit bagi penjualan mercun dan bunga api.

Manakala, 22 permohonan lagi melalui orang perseorangan.

Pihaknya turut menjangka akan menerima lebih banyak permohonan permit penjualan mercun dan bunga api di daerah itu serta di kawasan lain selepas kerajaan meluluskan dan membenarkan penjualan mercun dan bunga api.

Namun, kelulusan itu masih tertakluk kepada peraturan serta garis panduan yang ditetapkan.


(Foto hiasan)

Media Baharu