fb fb fb fb fb

Kelahiran bayi di negara ini tidak jamin kewarganegaraan automatik

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 3 April- Kelahiran sesorang individu di negara ini tidak menjamin kewarganegaraan secara automatik, tertakluk kepada Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan iaitu Pendaftaran Kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, pendaftaran perkahwinan secara sah perlu dibuat sebelum kelahiran anak, agar tidak timbul isu kewarganegaraan.

"Diingatkan bahawa syarat-syarat ini hanya melayakkan permohonan dikemukakan, tetapi tidak menjamin bahawa prmohonan diluluskan kerana sebagai sebuah negara berdaulat, penganugerahan kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi dan hak eksekutif kerajaan persekutuan yang tidak ditawarkan sewenang-wenangnya kepada mana-mana individu.

"Kementerian juga ingin mengingatkan bahawa masyrakat harus mengambil berat tentang pendaftaran perkahwinan mereka dilaksanakan secara sah disisi undang-undang sebelum anak mereka dilahirkan,"katanya.

Menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan dalam sidang Dewan Negara mengenai inisiatif kerajaan menangani isu kewarganegaraan kanak-kanak, Datuk Seri Shamsul turut memaklumkan Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Pendaftaran Negara masih melaksanakan Program MEKAR dalam menyantuni masyarakat di kawasan pedalaman dalam memberi khidmat nasihat, pendaftaran kelahiran dan pelbagai perkhidmatan berkaitan lain.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah)

Media Baharu