fb fb fb fb fb

Had usia teksi, e-hailing dinaikkan kepada 15 tahun - APAD

(FOTO HAISAN)

KUALA LUMPUR, 3 April- Had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing dilanjutkan sehingga 15 tahun.

Langkah itu selaras dengan, hasrat Kementerian Pengangkutan untuk melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambah baik sistem pengangkutan negara.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi satu kenyataan memaklumkan, had usia itu diguna pakai bagi kedua-dua kelas teksi dan kenderaan e-hailing di Semenanjung Malaysia dan bagi kelas kenderaan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan tiga syarat iaitu, perlanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023.

"Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut perlu mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM. Selain, mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri berkaitan, terjamin.

"Dengan ini peserta industri teksi dan e-hailing diharap akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang mampu dijadikan mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti,"menurut kenyataan APAD.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD yang berhampiran.


(FOTO HAISAN)

Media Baharu