fb fb fb fb fb

Tiada hajat bina mercu tanda baharu -PM

(Menara Berkembar Petronas (KLCC)/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi.

Sebaliknya pihaknya akan memberi fokus terhadap mewujudkan bandar dan kota contoh dari aspek kebersihan, keindahan serta ruang niaga kepada golongan peniaga menengah.

"Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda.

"Saya fikir yang perlu adalah keupayaan kota contoh keberishan, keindahan dan ruang niaga, tumpu kepada golongan penjaja dan pengusaha warung," ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya melalui pendekatan makan di warung pada setiap Jumaat, Anwar berkata kurang perhatian diberikan kepada golongan PKS dan penjaja.

"Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan," katanya yang turut mengajak syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bersama menjayakan usaha itu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Media Baharu