fb fb fb fb fb

Pelajar kolej hilang ketika menjala ikan ditemukan lemas

KEMAMAN, 17 Januari- Seorang pelajar sebuah kolej swasta yang dilaporkan hilang semasa menjala ikan di Sungai Hulu Paka, Dungun, Terengganu petang semalam ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharuddin Abdullah berkata, mayat Muhammad Zuhaily Roslan, 21 tahun ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

"Mayat tersebut ditemukan di dasar sungai kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya di sini.

(Mayat mangsa dibawak ke bilik autopsi Hospital Dungun untuk tindakan lanjut)

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira 3.00 petang semalam, mangsa bersama rakannya, Zul Qarnain Zaim, 21 tahun, dikatakan cuba menyeberangi sungai untuk menjala ikan sebelum dihanyutkan arus.

Rakan mangsa yang berjaya menyelamatkan diri naik ke daratan untuk mencari kayu bagi menyelamatkan mangsa, namun gagal selepas mangsa tenggelam ke dasar sungai.

Media Baharu