(A.Sivanesan)
IPOH, 4 April- Tiada doktor yang terlibat dengan mogok di Perak dan kehadiran mereka di semua hospital serta klinik adalah 100%, setakat semalam.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan dah Hal Ehwal Masyarakat India, A.Sivanesan turut berkata, khidmat kesihatan juga berjalan lancar seperti biasa.
"Saya dapat maklum balas daripada pengarah kesihatan Perak bahawa kesemua doktor 100% hadir bekerja semalam.
"Tiada seorang pun yang tidak hadir tanpa sebab dan rekod," beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama media di sini.
Sehingga kini, terdapat seramai 1,611 doktor kontrak di negeri itu dengan 400 daripadanya adalah berstatus pakar.
(Foto fail)