fb fb fb fb fb

KKD, BNM terus kerjasama bendung penipuan sektor kewangan

(FOTO FB MENTERI)

KUALA LUMPUR, 4 April - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited untuk terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membendung kes penipuan dalam sektor kewangan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata komitmen itu diperkukuh melalui pertemuan beliau bersama Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

(Fahmi Fadzil ketika mengadakan pertemuan dengan Gabenor BNM,
Nor Shamsiah / FOTO FB MENTERI)

"Kami komited untuk bekerjasama membendung kes penipuan dalam sektor kewangan. InsyaAllah kerjasama ini akan diteruskan ke arah landskap digital yang lebih selamat," kata Fahmi menerusi catatan di Facebook.

Fahmi berkata, dalam pertemuan itu mereka turut berbincang mengenai soal unjuran ekonomi terutamanya dalam bidang digital.

Sementara itu, dalam catatan berasingan, Fahmi memaklumkan beliau turut mengadakan perbincangan dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) mengenai kesedaran penipuan dalam talian.

Antara kes penipuan dalam talian yang sering dilaporkan media ialah e-dagang atau pembelian secara dalam talian, kes pinjaman tidak wujud, pelaburan, Macau Scam dan Love Scam. 

Media Baharu