fb fb fb fb fb

Tiada cadangan mansuh subsidi harga minyak petrol dan diesel

JOHOR BAHRU, 11 FEbruari - Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan subsidi harga minyak petrol dan diesel dalam pembentangan Belanjawan 2023 akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata fokus kerajaan ketika ini ialah mengekalkan pelaksanaan subsidi berkenaan demi kepentingan rakyat.

"Sehingga hari ini kita masih mengekalkan subsidi petrol diesel dilaksanakan sehingga kerajaan membuat satu keputusan untuk kita mungkun melaksanakan subsidi secara bersasar. Setakat saya hadir pada mesyuarat kabinet Rabu lepas kita masih kekal dengan apa yang kita putuskan pada hari ini," kata Salahuddin di sini.

(Salahuddin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan
Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan ( ReDi) Peringkat Negeri Johor di Tampoi)

Insentif RM16,000 diperuntuk KPDN kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di pasaraya terlibat serta sumbangan RM150 kepada 240 pelajar B40 di Kolej Vokasional Tanjung Puteri berjumlah RM36,000 juga secara tanpa tunai.

Inisiatif berkenaan menyasarkan 353 peniaga di pasaraya dan pasar awam negeri ini beralih ke medium digital yang akan memberi pelbagai manfaat kepada pengguna selain mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai.

Hingga Disember tahun lalu, 8, 479 peniaga di seluruh negara menyertai program berkenaan menerusi program rintis di 10 negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Media Baharu