fb fb fb fb fb

Komuniti masyarakat dan organisasi perlu bantu OKU hadapi cabaran ekonomi semasa - Dr.Zaliha

KAJANG, 11 Februari - Setiap organisasi dan masyarakat mempunyai tanggungjawab membantu Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata langkah berkenaan dapat mengelak ketidakupayaan fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang boleh menghadkan penglibatan golongan itu secara efektif dalam komuniti.

(Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa)

"Kita pun ada saranan dari kerajaan yang 1% daripada kakitangan haruslah terdiri daripada orang-orang OKU, Autisme juga termasuk dalam golongan ini.

"Mereka ini ada potensi yang kita boleh garap dan akhirnya menjadikan mereka sebahagian dari komuniti yang memberi sumbangan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Pameran Antarabangsa tentang Pemerkasaan Ekonomi untuk Orang Autisme (ISEEPA 2023), di sini.

Tambah Dr. Zaliha, penganjuran ISEEPA 2023 dilihat menjadi medan untuk memperkasakan OKU khususnya Autisme bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan.

Media Baharu