fb fb fb fb fb

Subsidi petrol, diesel kekal demi kepentingan rakyat

JOHOR BAHRU, 11 Februari- Pemberian subsidi petrol dan diesel kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pendirian itu adalah tetap dan fokus ketika ini ialah mengekalkan pelaksanaannya demi kepentingan rakyat.

"Sehingga hari ini kita masih mengekalkan subsidi petrol diesel dilaksanakan sehingga kerajaan membuat satu keputusan untuk kita mungkinmelaksanakan subsidi secara bersasar. Setakat saya hadir pada mesyuarat kabinet Rabu lepas, kita masih kekal dengan apa yang kita putuskan pada hari ini," katanya.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan ( ReDi) Peringkat Negeri Johor di Tampoi.

Insentif RM16,000 diperuntuk KPDN kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di pasaraya terlibat.

Inisiatif berkenaan menyasarkan 353 peniaga di pasaraya dan pasar awam negeri beralih ke medium digital yang memberi manfaat kepada pengguna selain mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai.

Sehingga Disember tahun lalu, seramai 8,479 peniaga di seluruh negara menyertai program berkenaan menerusi program rintis di 10 negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Media Baharu