fb fb fb fb fb

Isu sistem IDME guru-guru akan diselesai

SEREMBAN, 11 Februari - Tindakan baharu berhubung masalah yang dihadapai guru-guru mengenai isu penggunaan Sistem Pengurusan Identiti (IDME) akan dilakukan Kementerian Pendidikan pada minggu hadapan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata sistem berkenaan ditutup sepanjang hujung minggu ini dan dalam pada waktu itu beberapa langkah akan diambil supaya ia dapat dibaiki dengan segera.

"Diperingkat KPM kita memang sentiasa cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa isu berkait rapat sistem ini sentiasa ditambah baik, kita juga telah ambil langkah drastik, sebenarnya di peringkat KPM semalam juga telah berlangsung beberapa sesi keterlibatan dengan guru guru berkaitan bagaimana sistem ini harus ditangani bersama," kata Fadhlina di sini.

(Fadhlina bercakap kepada pemberita pada
Festival Bakat Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023, di sini)

Ulasan itu susulan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) supaya pihak Kementerian Pendidikan menangguhkan penggunaan sistem IDME yang belum stabil sehingga didakwa menyusahkan guru-guru untuk melaksanakannya.

Media Baharu