fb fb fb fb fb

Pelancongan Terengganu anjur Konsert Gamelan Cilik

KUALA TERENGGANU, 11 Februari- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu berganding bahu menganjurkan Konsert Gamelan Cilik 2023 bagi memartabatkan seni warisan muzik melayu lama dikalangan generasi muda.

Program itu melibatkan 100 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada lapan buah sekolah terpilih di negeri itu.

Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Fadli Yusof Zakaria, pihaknya sentiasa komited untuk memastikan kesinambungan serta kelestarian kesenian itu sentiasa dipulihara dan melahirkan pelapis dan generasi pewaris.

"Kita telah membantu sekolah-sekolah yang terpilih terlibat dalam gamelan dan kita juga telah menyumbang empat set gamelan harga RM25,000 dan kepada sekolah-sekolah yang terpilih.

"Sekarang sekolah-sekolah begitu berminat dan berkeinginan menyertai gamelan," katanya pada Konsert Gamelan Cilik 2023 di Perkampungan Budaya Terengganu bertempat di Muzium Negeri Kuala Terengganu.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita Negeri Terengganu To’ Puan Hajjah Nor Zaini Abdul Latif.

(Fadli Yusof Zakaria)

Media Baharu