fb fb fb fb fb

Tiada cadangan cuti ihsan hari mengundi di Selangor- MB

(FOTO HIASAN)

SHAH ALAM, 5 Ogos- Tiada cadangan pemberian cuti ihsan di negeri Selangor pada 12 Ogos sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, sebagai kerajaan "caretaker" urusan sedemikian perlu dibincangkan di peringkat exco.

Bagaimanapun beliau yakin pengundi di Selangor sudah bersiap sedia termasuk memperuntukkan waktu untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing, pada hari mengundi kelak.

"Itu terpulang kepada pekerja sebab nanti ada implikasi gaji. Kita pun tidak mahu membebankan di saat kita nak pulihkan ekonomi.

"Bila dibuat hari Sabtu, pengumuman agak panjang tempoh masa dari pengumuman pembubaran hingga penamaan agak lama dan hari mengundi, tempohnya kira-kira dua bulan lengkap. Jadi ia bukan dibuat secara tiba-tiba,"katanya.


Beliau ditemui media di Shah Alam.


(Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari)

Media Baharu