(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Polis Diraja Malaysia PDRM menafikan laporan berita yang menyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohd Sanusi Mohd Nor ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Skandaguru Anandan menerusi satu kenyataan malam ini memaklumkan, tiada pihak dari Bukit Aman, peringkat kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah yang melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita berkenaan.
Sehubungan itu katanya, PDRM meminta Astro Awani yang melaporkan berita palsu itu untuk membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan.
"Tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam senario kempen PRU DUN ke-15 yang sedang berlangsung.
"Laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas penyebaran berita palsu tersebut,"katanya menerusi kenyataan tersebut.
(Ketua Komunikasi Korporat PDRM Skandaguru Anandan)