(Foto Bomba Tanjung Malim)
TANJUNG MALIM, 5 Ogos- Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar tembok sebuah kuil hindu.
Mangsa Lok Min Choy, 55 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata kejadian berlaku di Jalan Kampung Lambak, Tanjung Malim kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.
"Mangsa dilaporkan dari arah Kampung Lambak menuju ke pekan Tanjung Malim.
"Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar tembok tersebut.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami serangan jantung.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya menerusi kenyataan.
(Foto Bomba Tanjung Malim)