(FOTO BERNAMA)
AYER KEROH, 5 Ogos- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka perlu menggalakkan semua kediaman dan premis mengibarkan jalur gemilang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia sebagai tanda cintakan negara.
Beliau berkata, Jabatan Penerangan Melaka juga turut menganjurkan Anugerah Semarak Gemilang.
Ia merupakan penghargaan kepada rakyat yang bersungguh-sungguh menceriakan bangunan atau rumah kediaman dengan Jalur Gemilang.
"Kerajaan negeri telah mengumumkan setiap rumah yang mengibarkan Jalur gemilang ini akan diberikan hadiah RM3,000 pada rumah yang berjaya menghias kediaman mereka dengan bendera Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka di Dataran MBMB, Ayer Keroh.
Hadir sama Barisan Exco Kerajaan Negeri serta Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman.
(Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)