fb fb fb fb fb

TH nasihat umat islam, hati-hati dengan pakej haji tidak berlesen

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati umat Islam negara ini, supaya berhati-hati dengan pakej haji yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak
dilesenkan oleh TH.

TH menerusi satu kenyataan memaklumkan, permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.


(Foto fail)

Jelas kenyataan tersebut, bakal-bakal haji yang mendapat Visa Furada dinasihati untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH sahaja.

Bagi musim Haji 2022, TH telah melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk mengurus pemergian haji ke tanah suci.

Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Media Baharu