fb fb fb fb fb

TH nafi dakwaan wujud kartel dalam TH terutama pemilihan PJH - Idris

(FOTO FAIL)

MAKKAH, 14 Julai - Tabung Haji (TH) sedia disiasat jika ada dakwaan berlaku salah laku tadbir urus atau pelaksanaan pengurusan jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata ini kerana TH sentiasa mengutamakan jemaah agar mereka dapat mencapai impian untuk menunaikan haji.

Beliau menafikan dakwaan wujud kartel dalam TH terutama dalam pemilihan Pengelola Jemaah Haji (PJH) kerana setiap syarikat perlu melalui proses ketat badan itu.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad
bercakap pada 
sidang media di Makkah)

"Saya ingat syarat yang diletakkan oleh Tabung Haji berkenaan orang nak jadi PJH itu jelas, memang elok, bukan untuk kebajikan Tabung Haji (tapi) kebajikan jemaah, letak syarat 'paid up capital' (modal berbayar) RM500,000 betullah, kalau setakat berniaga RM5 sahaja, hotel ini mana ada RM5, jadi semua itu syarat-syarat itu kena ada lah, dia kena ada rekod dari segi bank dia, tak CTOS sebagainya, ahli lembaga pengarah dia," kata beliau dalam sidang media di sini.

Mengulas mengenai visa furada, Idris berkata TH tiada kena mengena dengan visa tersebut kerana ianya di luar bidang kuasa mereka.

Beliau juga sedia bertemu dengan semua pihak berkaitan bagi mencari jalan terbaik selain melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat agar tiada lagi jemaah haji menjadi mangsa.

Media Baharu