fb fb fb fb fb

TFC melangkah ke separuh akhir, singkirkan 'The Red Giants'

KUALA LUMPUR, 25 September - Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor FC tersingkir daripada saingan selepas tumbang menerusi keputusan agregat 1-3 ke ke atas Terengganu FC dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Pertembungan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan satu sama.

TFC terlebih dahulu berada di depan menerusi sepakan penalti Ivan Mamut pada minit ke-24 selepas Nor Hakim Hassan dikasari Safuwan Baharudin.

Selangor kendalian jurulatih, Tan Cheng Hoe mempunyai deretan peluang namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Gol yang dicari skuad 'The Red Giants' akhirnya tiba pada minit ke-69 menerusi Faisal Halim.

Namun tiada tambahan jaringan selepas itu menyaksikan Selangor terpaksa berputih mata tersingkir di peringkat suku akhir.

Terengganu mara ke separuh akhir dibantu dengan kemenangan 2-0 ketika perlawanan pertama pada 16 September lalu.

Skuad 'Sang Penyu' akan membuat perhitungan berdepan Kuala Lumpur City (KL City) FC.

Media Baharu