(FOTO REUTERS)
PINELLAS COUNTY, 25 September- Penduduk di sini, dekat Florida, Amerika Syarikat gempar dengan penemuan satu mayat di dalam mulut seekor aligator pada Jumaat lalu.
Pihak berkuasa mengenal pasti mayat berkenaan adalah Sabrina Peckham berusia 41 tahun.
Mayat wanita itu ditemukan di saluran air selepas seorang penduduk melaporkan kepada polis bahawa dia melihat mangsa berada di dalam mulut reptilia terbabit.
"Aligator tersebut mengangkat tubuh mangsa ke dalam rahangnya dan kemudian berenang ke dalam air," kata penduduk itu.
Sementara itu, rakaman udara menunjukkan pegawai polis menenangkan haiwan terbabit di sini.
Pejabat Syerif Daerah Pinellas dalam kenyataan memaklumkan pihak Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) membunuh aligator jantan sepanjang 4.17 meter itu secara manusiawi. -Reuters
(FOTO REUTERS)