fb fb fb fb fb

Dana tambahan RM2 juta untuk PBT di Perak

(Foto hiasan)

IPOH, 25 September- Sebanyak RM2 juta peruntukan tambahan disalur kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak.

Dana tersebut bakal diguna untuk projek pembinaan kemudahan awam, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, separuh daripada peruntukan tambahan dikhususkan untuk Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming)

Ia bakal dibelanjakan untuk kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan. Projek tersebut dijangka siap tahun ini.

"Peruntukan ini akan menjadikan bandaraya Ipoh bandar yang lebih selamat ini adalah salah satu program bandar selamat dimana kawasan yang terang kadar jenayahnya pun kurang", katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian Panggong Silver Star dan Pesta Tanglung Kampung Simee 2023 di Ipoh.

Media Baharu