fb fb fb fb fb

Ani Mayuni bakal lancar single terbaharu

SELANGOR, 25 September- Penyanyi, Ani Mayuni masih lagi diterima peminat dan undangan dalam bidang nyanyian meskipun kini aktif dalam bidang lakonan.

Menurut Ani, beliau akan mengadakan konsert dangdut pada 30 September di Stadium Malawati, Shah Alam.

"Jika diikutkan hujung bulan ini terdapat Konsert Milenia yang menggabungkan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

"Antara artis terlibat ialah Siti Badriah, Rhena Morena dan Fitri Carlina di Stadium Malawati.

"Dan pada malam itu juga Kak Ani akan release single terbaharu," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, beliau akan membuat persembahan pada 1 Oktober di Pantai Timur Food Festival di Putrajaya.


(Antara artis terlibat ialah Siti Badriah, Rhena Morena dan Fitri Carlina
di Stadium Malawati.)

Media Baharu