fb fb fb fb fb

Tertuduh tidak hadir, perbicaraan kes Datuk palsu ditunda

 

KUALA LUMPUR, 24 Januari - Perbicaraan kes seorang ahli perniagaan menggunakan gelaran Datuk palsu ditunda ke 24 Februari depan selepas tertuduh tidak hadir ke Mahkamah Majistret hari ini.


Menurut jurucakap peguam, Datuk Halim Shah Abdullah, tertuduh Siri Devan Vindoraja tidak hadir perbicaraan kerana khuatir penularan wabak COVID-19.

Tertuduh didapati menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf dalam setiap urusan persendirian dan perniagaannya.

Jika bersalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Augerah (Mencegah penggunaan tidak wajar) Pahang 2017.

Sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100 ribu dan tidak melebihi RM250 ribu atau penjara selama setahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Media Baharu