fb fb fb fb fb

Pengenalan Skim Rakan Nelayan, bantu pantau aktiviti perikanan

TAPAH, 24 Januari - Skim Rakan Nelayan diwujudkan Jabatan Perikanan Perak bagi menjayakan pemantauan aktiviti perikanan di kawasan sungai.

Skim tersebut sebagai usaha menambah populasi ikan air tawar, sekali gus memberi manfaat kepada nelayan-nelayan darat di negeri itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata selain itu penguatkuasaan secara berkala akan dilakukan dalam memastikan kawasan pembiakan ikan asal dan memelihara spesis ikan asal sedia ada di sungai-sungai dilindungi.

"Kita akan menubuhkan satu Skim Rakan Nelayan dan jabatan telah pun bersetuju untuk membekalkan sebuah bot pemantau kepada pasukan ini untuk membuat tinjauan tentang apa juga usaha ataupun tindakan dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terutamanya yang boleh mencemarkan sungai.

"Keduanya yang mungkin boleh merosakkan ekologi kita," katanya dalam sidang media pada program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Batang Padang, di sini.

Pada program itu, sebanyak 10,000 benih anak ikan spesis Lampan dan Terbul dilepaskan.

Media Baharu