fb fb fb fb fb

Terpedaya sindiket pelaburan, tiga individu rugi lebih RM1 juta

(Foto Fail)

JOHOR BAHRU, 5 Oktober- Tiga individu termasuk dua wanita di Johor berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM1.41 juta akibat terpedaya sindiket penipuan pelaburan dalam talian dan panggilan telefon.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata laporan polis dibuat ketiga-tiga mangsa berusia 36 hingga 46 tahun selepas mereka tidak menerima sebarang keuntungan dan wang dijanjikan.

"Mangsa pertama rugi lebih 637,000 selepas melakukan 79 transaksi kepada lelaki warga asing yang menawarkan pelaburan emas dan mata wang dolar Amerika. 

"Bagi kes kedua, mangsa seorang lelaki rugi 452,000 selepas melakukan 19 transaksi ke 16 akaun berbeza bagi pelaburan crypto.

"Mangsa ketiga pula diperdaya melalui panggilan telefon daripada suspek menyamar sebagai pos laju yang memberitahu dia memiliki bungkusan haram dan perlu melakukan pembayaran. Mangsa melakukan 15 transaksi ke 11 akaun bank hingga kerugian RM322,270," katanya Kamarul Zaman menerusi kenyataan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu