KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Terowong Lebuhraya SMART kembali beroperasi selepas ditutup susulan hujan lebat di beberapa kawasan di ibu kota sejak awal pagi tadi.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di platform X menasihati pengguna supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan lalu lintas.
Terowong SMART di Kuala Lumpur berfungsi sebagai penyelesaian dwifungsi utama bagi mengurangkan risiko banjir kilat dan menyediakan laluan trafik alternatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.