fb fb fb fb fb

Teroka tanah secara haram, tiada pampasan diberikan - Saarani

TAPAH, 4 Ogos- Tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan penerokaan tanah secara tidak sah di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia sama ada melibatkan aktiviti pembangunan atau pertanian.

Jelas beliau, kerajaan negeri tidak bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami susulan penerokaan yang tidak sah.

"Walaupun kita rakyat negeri Perak, kita tidak dibenarkan ceroboh tanah kerajaan atau melakukan apa-apa aktiviti tanpa kebenaran termasuklah nak bina rumah atau nak bercucuk tanam. Anda perlu mohon di Pejabat Tanah dan Galian Perak, ikut prosedur yang ditetapkan. Sekiranya tiada apa halangan atau masalah, selalunya permohonan itu akan diluluskan,"kata Saarani kepada pemberita RTM pada Program Saarani Bersama Bekas Askar (SEBERKAS) di Dewan Merdeka Tapah.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) bergambar bersama bekas tentera yang hadir
pada Program bersama Bekas Tentera (SEBEKAS) Parlimen Tapah di Dewan Merdeka hari ini/BERNAMA)

Dalam pada itu, mengulas isu seorang penduduk di Langkap yang diusir dari kediamannya baru-baru ini, beliau menjelaskan tanah tersebut bukan berstatus Tanah Rizab Melayu seperti didakwa.

Sebaliknya, ia milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebelum dijual kepada sebuah syarikat pada 2015.

Media Baharu