fb fb fb fb fb

CUEPACS harap kerajaan luluskan kenaikan gaji penjawat awam sebelum bubar Parlimen

PORT DICKSON, 4 Ogos- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat menaikkan dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas serta kenaikan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan sebelum Parlimen dibubarkan.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata ia penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup. 

Jelasnya, permintaan CUEPACS untuk menaikkan dua KGT tersebut adalah munasabah memandangkan tiada pembaharuan yang begitu ketara dilakukan oleh kerajaan untuk mengkajinya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

"Kami berharap sebelum pembubaran Parlimen, permohonan dua kenaikan gaji ini mampu dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan Y.A.B Perdana Menteri pada ketika ini dengan tujuan dapat membantu kumpulan pelaksana penjawat awam melangsungkan kehidupan harian," kata Adnan Mat kepada pemberita RTM pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Taklimat Isu-isu Semasa CUEPACS 2022, di sini.

Dalam pertemuan pihaknya pada 13 Jun lalu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan komitmen bagi mengkaji tuntutan dan berjanji akan meluluskan tuntutan CUEPACS yang munasabah berdasarkan kedudukan kewangan negara.


(Penjawat awam/FotoFail)

Media Baharu