fb fb fb fb fb

JKN Kedah mohon maaf hospital caj RM100 kepada OKU

FOTO HIASAN

ALOR SETAR, 4 Ogos- Sebuah hospital kerajaan di Kedah membuat permohonan maaf kepada epada seorang lelaki atas kesilapan mengenakan caj RM100 untuk pemeriksaan kesihatan bagi pengesahan ketidakupayaan orang kurang upaya (OKU) bagi tujuan pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini.

Caj pemeriksaan kesihatan bagi pengesahan ketidakupayaan orang kurang upaya OKU daripada pegawai perubatan atau pengamal perubatan bagi tujuan pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia JKM adalah berdasarkan Perintah Fi Perubatan 1982.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo dalam satu kenyataan memaklumkan, berdasarkan perintah bayaran, caj sebanyak RM100 akan dikenakan kepada individu yang berhasrat untuk mendapatkan pengesahan bagi tujuan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, bagi individu yang kurang berkemampuan, pengecualian boleh diberikan terhadap caj pemeriksaan kesihatan oleh Pengarah Hospital atau seseorang yang dilantik berdasarkan peruntukan sediaada iaitu pengecualian diberikan kepada luar dan pesakit Kelas 3.

Bagi OKU kecacatan fizikalnya seperti kudung tangan atau kaki dan buta penglihatan tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi pengesahan ketidakupayaan.

Bayaran bagi pemeriksaan kesihatan untuk pengesahan ketidakupayaan OKU hanya dikenakan kepada individu yang menjalani pemeriksaan pendengaran, pertuturan, penglihatan, fizikal, masalah pembelajaran atau mental.

Kenyataan yang dikeluarkan beliau,merujuk kepada artikel di media sosial bertajuk "OKU Pays a Government Hospital RM100 to Confirm that He's a Handicap" pada 31 Julai 2022 .

Hasil siasatan mendapati terdapat kekhilafan pemahaman kutipan Fi oleh pegawai yang bertugas di hospital yang terlibat yang mengenakan caj RM100 kepada pesakit.

Sehubungan itu, pihak hospital telah menghubungi pesakit berkenaan dan memohon maaf di atas kesilapan kutipan tersebut.

Maklumbalas penerimaan pesakit adalah positif dan pihak hospital akan sentiasa memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit yang mempunyai rekod rawatan berterusan di hospital berkenaan.


(Kenyataan media oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo)

Media Baharu