fb fb fb fb fb

Mitigasi banjir di ibu negara, pemantauan semasa akan diteruskan - Shahidan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Intervensi jangka pendek mitigasi banjir di ibu negara dilihat berkesan berikutan tiada kejadian banjir kilat berlaku dalam masa terdekat.

Ia sekali gus membuktikan 90% daripada isu itu berjaya diatasi dalam tempoh tiga bulan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pihaknya akan terus menempatkan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memantau keadaan semasa di 25 lokasi tumpuan.

Beliau turut menafikan dakwaan banjir kilat yang dilaporkan semalam yang dimuat naik menggunakan visual arkib sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

"Dalam masa tiga bulan kita sudah bertindak dan melaksanakan langkah awal, sekali gus dapat menjamin supaya aliran air boleh berlaku dengan cepat. Sekiranya hujan luar biasa, kita ada pelan jangka sederhana," kata Shahidan dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Shahidan juga sedia memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara susulan prosiding pengurusan mitigasi banjir Kuala Lumpur bernilai RM329.33 juta.


(Lawatan turun padang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama
Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke beberapa lokasi tumpuan banjir di ibu negara pada Jun lalu/Foto FB DBKL)

Media Baharu