fb fb fb fb fb

Lebih 11,000 wanita dapat manfaat program Karnival Wanita Bangkit@KPWKM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Pelbagai program dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperkasakan ekonomi wanita .

Ia termasuklah program Wanita Bangkit @KPWKM melibatkan kerjasama strategik dengan lebih 50 Agensi Kerajaan dan Swasta yang memanfaatkan lebih 11,000 wanita seluruh negara sejak dijalankan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff turut memaklumkan, kerjasama strategik bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut dijalankan bertujuan membantu wanita yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Sejak 2021, seramai lebih 800 orang wanita telah mendapat manfaat daripada program ini.

"Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) turut diberikan sewaktu tempoh pandemik COVID-19 melanda negara secara one-off sebanyak RM300 kepada 150,000 ibu tunggal yang layak seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM45 juta,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dibangkitkan wakil Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.


(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff)

Media Baharu