fb fb fb fb fb

1,010 guru tetap DG41 berasal dari Sarawak ditempatkan di negeri kelahiran sendiri sehingga akhir Julai

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Seramai 1,010 guru baharu lantikan tetap DG41 berasal daripada Sarawak ditempatkan di sekolah rendah dan menengah dalam negeri kelahiran mereka.

Angka itu merangkumi penempatan bagi tahun 2022 hingga 31 Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (II) Datuk Mohamad Alamin berkata, disebabkan bilangan graduan berasal dari Sarawak yang menepati keperluan opsyen di sekolah bagi negeri tersebut masih belum mencukupi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menempatkan seramai 1, 603 orang guru berasal daripada semenanjung ke sekolah di Sarawak bagi tempoh yang sama.

"Jumlah kekosongan perjawatan guru sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak pada 31 Julai 2022 adalah sebanyak 2,815 orang. Kekosongan perjawatan guru di sekolah rendah dan menengah di kawasan parlimen Baram adalah sebanyak 250.

"KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Baram, Tuan Anyi Ngau.


(Timbalan Menteri Pendidikan (II) Datuk Mohamad Alamin)

Media Baharu