fb fb fb fb fb

Pengumuman tarif baharu AS, beri kesan terhadap pelabur sektor semikonduktor

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 7 Ogos - Pengumuman baharu mengenai Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif sehingga 100 peratus ke atas produk semikonduktor dilihat akan menimbulkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur industri itu, khususnya di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk tindakan lanjut.

"Perkara ini masih belum dimuktamadkan lagi, masih menunggu tarikh pengumuman yang dijangka pada penghujung Ogos.

"Jadi dengan pengumuman tersebut mungkin akan menjejaskan peluang pelaburan di Pulau Pinang. Sekiranya ia diteruskan, syarikat-syarikat pelabur akan menangguhkan keputusan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Komtar, di sini.

Bagaimanapun Menteri Pelaburan, Perdangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah memberikan penjelasan bahawa eksprt semikonduktor negara ke Amerika Syarikat masih dikecualikam daripada tarif timbal balik.

Namun, status pengecualian tersebut tertakluk kepada semakan dan perkembangan dasar negara tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI