fb fb fb fb fb

Terjejas banjir, 300 pelajar sekolah di Baling terima bantuan tunai

BALING, 1 Ogos- Seramai 300 pelajar di tiga sekolah yang terjejas banjir di Baling menerima bantuan RM150 setiap seorang.

Sumbangan diberikan oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bertujuan membantu meringankan beban mereka.

Penerima terdiri daripada pelajar di SMK Jerai, SK Kuala Kupang dan SM Yayasan Khairiah.

Menurut Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob, bantuan merupakan program tanggungjwab sosial korporat yayasan.

"Sebenarnya di bawah YPM terdapat pelbagai bantuan sama ada musibah banjir yang terkesan dari segi kewangan ,namun pada hari ini YPM
menumpukan sumbangan melibatkan wang tunai, bantuan –bantuan lain kita akan laksanakan kemudian mungkin melibatkan kawasan-kawasan lain juga," katanya.

Mohd Razman ditemui selepas menyampaikan bantuan persekolahan pelajar di SMK Jerai, Baling.


(Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob)

Tambah beliau, sehingga Jun tahun ini, YPM telah menyantuni seramai 14,500 pelajar melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Bantuan yang disalurkan kepada pelajar dari golongan yang memerlukan .

Media Baharu