fb fb fb fb fb

Terima peruntukan terbesar, KPM komited pastikan agenda negara dilaksanakan

(FOTO RTM)

KANGAR, 14 Oktober - Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendapat peruntukan terbesar menerusi Belanjawan 2024 komited memastikan agenda pendidikan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya melihat peruntukan tersebut sebagai perjuangan bagi membangunkan pendidikan Manusiawi.

"Belanjawan ini, kita sambut dalam dua perspektif yang kita berasakan bahawa inilah perjuangan dalam sisi pendidikan manusiawi selama ini.

"Alhamdulillah KPM masih lagi menjadi kementerian menerima peruntukan terbesar.

"Paling penting dalam konteks dasar adalah jelajah pendidikan masa depan negara," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Perlis 2023 di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan sebanyak 26 sekolah baharu akan mula dibina dengan kos berjumlah 2.5 bilion termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-Laya, Tuaran Sabah, SMK Baie, Bintulu, (Sarawak); SMK Seri Melati, Kuantan (Pahang), SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar (Perak) dan SMK Binjai, Kota Bharu (Kelantan).


(FOTO RTM)

Media Baharu