fb fb fb fb fb

Jangan pamer lambang darjah kebesaran Pahang pada kenderaan

(FOTO HIASAN)

KUANTAN, 14 Oktober -Penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan pingat Pahang diingatkan untuk tidak mempamerkan atau meletakkan lambang Darjah Kebesaran pada kenderaan.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman, perkara tersebut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Menurut Ahmad Khirrizal, Katanya, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 diperuntukkan bagi mencegah penggunaan tidak wajar lambang ditetapkan, gelaran atau anugerah yang dikurniakan Sultan Pahang.

“Penerima-penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan tindakan penarikan balik darjah kebesaran yang dikurniakan.

“Selanjutnya, bagi mana-mana individu yang didapati menggunakan gelaran palsu boleh didakwa dibawah peruntukan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khirrizal, pihaknya juga turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

berita

(FOTO RTM)

Media Baharu