fb fb fb fb fb

Terengganu; Masih ramai tidak manfaatkan program PeKA B40

KUALA TERENGGANU, 26 April - Golongan B40 yang menerima saringan kesihatan percuma menerusi program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Terengganu masih rendah.

Hanya 9 peratus daripada lebih 236,000 penerima bantuan prihatin rakyat di negeri itu sudah mendapat pemeriksaan kesihatan percuma melalui skim berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Dato Dr Anas Alam Faizli berkata, daripada jumlah tersebut, 40 peratus atau 21,729 dikenal pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit, antaranya tekanan darah tinggi, diabetis, anxiety, kesihatan mental dan kolesterol.

Sehubungan itu, penerima BPR berusia 40 tahun ke atas digalakkan membuat saringan percuma di 76 klinik swasta yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation selain klinik kesihatan kerajaan di negeri ini.

"Dalam pada kita beralih ke fasa endemik, ia adalah sangat mustahak untuk kita lindungi mereka yang paling terdedah iaitu 40 tahun dan ke atas ini dan untuk lindungi mereka kita perlulah tahu tahap dan status kesihatan mereka supaya kita dapat jalankan rawatan awal untuk mencegah komplikasi dan kos rawatan untuk pengesenan awal adalah jauh berbeza dengan kos rawatan apabila penyakit ini telah jauh mudarat, " katanya ketika mengadakan lawatan di Klinik Perubatan Hijraa, disini.


(Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation, Dato Dr Anas Alam Faizli)

Dr Anas berkata lebih 580,000 daripada 5.9 juta penerima seluruh negara sudah menerima faedah menerusi skim itu.

Terdapat 2,727 klinik swasta dan lebih 900 klinik kesihatan di seluruh negara menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Media Baharu