fb fb fb fb fb

Polis siasat fitnah lindungi jenayah yang tular di Facebook

IPOH, 26 April- Polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pengguna Facebook, yang memuat naik hantaran kononnya pihak polis telah melindungi aktiviti jenayah di beberapa kawasan di daerah Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata siasatan terhadap maklumat tersebut dijalankan bagi mengesahkan kesahihan dakwaaan berkenaan.

Katanya tular di laman Facebok yang berunsur fitnah terhadap pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini, mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna akaun Facebook bernama 'Antidadahrasuah Tamanku’, yang mendedahkan beberapa kawasan dikatakan menjadi tumpuan aktiviti jenayah narkotik dan penjualan mercun iaitu di Pengkalan, Pasir Puteh, Kampung Sri Kinta, Station 18 dan Kampung Cempaka Sari di sini.


(Tular di media sosial pengguna akaun Facebook bernama 'Antidadahrasuah Tamanku’)

“Siasatan awal pihak polis mendapati akaun Facebook tersebut disyaki palsu dan hanya digunakan untuk memuat naik status tersebut.

“Polis memandang serius terhadap tohmahan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Yahaya berkata sehubungan itu orang  awam dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap tohmahan tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

Media Baharu