fb fb fb fb fb

Terengganu kekal rekod pencapaian cemerlang STPM

(Seramai 112 daripada 2,178 calon memperoleh semua A penuh dengan PNGK 4.00)

KUALA TERENGGANU, 13 Julai- Terengganu meneruskan rekod cemerlang dalam pencapaian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.04, memperbaik catatan PNGK 3.03 pada tahun lalu.

Keputusan itu menyaksikan Terengganu turut mengatasi PNGK kebangsaan, 2.83.

Seramai 112 daripada 2,178 calon memperoleh semua A penuh dengan PNGK 4.00.

38 daripada 46 sekolah di Terengganu mengatasi PNGK kebangsaan, berbanding 39 sekolah tahun lalu manakala 43 sekolah lulus penuh 100%.

Keputusan STPM 2022 bagi negeri Terengganu diumumkan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran negeri, Kasman Embong di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu.

"Keputusan tahun ini juga menyaksikan calon luar bandar merekodkan PNGK 2.99, berbanding calon bandar mencatatkan PNGK 3.05.

"SMK Penarek, Setiu muncul sekolah terbaik dengan PNGK 3.43 sementara daerah Besut menjadi daerah terbaik dengan catatan PNGK 3.19," kata beliau.

(Terengganu kekal rekod pencapaian cemerlang STPM)

Media Baharu