fb fb fb fb fb

20 menara telekomunikasi bakal dibina, manfaat untuk rakyat luar bandar - Exco

JASIN, 13 Julai- Lebih 2,000 rakyat luar bandar di Melaka bakal menerima manfaat liputan jaringan komunikasi daripada 20 menara akan dibina dalam tempoh tahun 2023 hingga 2025.

Manfaat itu bakal direalisasikan melalui Projek Pembinaan Menara Telekomunikasi bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Fairul Nizam Roslan berkata 10 menara dibina dalam fasa pertama manakala 10 lagi akan dibina pada fasa kedua sepanjang tempoh berkenaan.

"Program PPS ini saya dimaklumkan adalah sumbangan syarikat telekomunikasi sebanyak enam peratus setahun berdasarkan jumlah keuntungan kasar syarikat telekomunikasi dan disumbangkn kepada kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Jadi, menerusi dana ini lah program JENDELA dijalankan. Dengan itu, kita dapat membantu dalam penyelesaian masalah jaringan di kawasan luar bandar sekali gus kita beri semula bantuan ini kepada penduduk kampung," kata Fairul kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Menara Telekomunikasi Gapis dan Batang Melaka Baru, di sini.


(Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Fairul Nizam Roslan)

Bagi Fasa pertama antara kawasan terpilih untuk projek itu termasuklah Gapis, Batang Melaka baru, Kampung Orang Asli Gapam Baru, Kampung Ayer Limau.

Menara Telekomunikasi Gapis adalah menara pertama yang dibina melalui projek itu di Melaka.

Media Baharu