fb fb fb fb fb

Terbuka Jerman: Zii Jia mara ke separuh akhir

MULHEIM, 12 Mac - Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman., malam tadi.

Zii Jia menewaskan pemain China, Zhao Jun Peng 21-12, 21-18.

(Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia)

Pemain di ranking ke-7 dunia itu menamatkan permainan dalam tempoh 40 minit.

Ini merupakan pertemuan pertama antara Zii Jia dengan pemain ke-38 dunia berusia 36 tahun itu.

Di separuh akhir HARI INI, Zii Jia akan bertemu pemenang perlawanan suku akhir antara Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dengan pemain Jepun, Kenta Nishimoto.

Terbuka Jerman adalah kejohanan pertama Zii Jia sejak bergelar pemain profesional selepas memutuskan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Januari lalu.

 

Media Baharu