fb fb fb fb fb

TERAJU aktifkan platform myTPB2030 bantu syarikat Bumiputera berpotensi

(Platform myTPB2030 akan membolehkan syarikat pelaksana Bumiputera mendapatkan
maklumat dan penawaran terkini daripada TERAJU dan pihak lain pada bila-bila masa)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mengaktifkan platform aplikasi pusat sehenti layan diri Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) bagi membolehkan syarikat pelaksana Bumiputera berpotensi untuk turut serta menjadi pemain industri dalam TPB2030.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi TERAJU, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad memaklumkan platform yang dikenali sebagai myTPB2030 itu akan membolehkan syarikat pelaksana Bumiputera mendapatkan maklumat dan penawaran terkini daripada TERAJU dan pihak lain pada bila-bila masa.

Aplikasi tersebut memaparkan proses permohohan dan kelulusan pada masa sebenar yang memudahkan syarikat pelaksana merujuk kepada garis masa implementasi dengan pantas dan selamat.


(Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad mempengerusikan Sesi Pelaporan Suku Tahun Kedua TPB2030 kepada
pemegang taruh pemain industri di ibu pejabat TERAJU di Putrajaya)

"Platform ini akan digunakan sebagai platform pengoperasian utama TPB2030 oleh pihak TERAJU. Ini dengan sokongan pihak Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) di kementerian, selain syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) yang terlibat," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, Abd Latiff yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) mempengerusikan Sesi Pelaporan Suku Tahun Kedua TPB2030 kepada pemegang taruh pemain industri di ibu pejabat TERAJU di Putrajaya.

Media Baharu