fb fb fb fb fb

Tentera dikhuatiri lemas di Sungai Leleh

(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

MUADZAM SHAH, 31 Mei- Seorang tentera dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai semasa mandi di Sungai Leleh, Bukit Ibam, di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.17 petang.

Bertindak atas laporan itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Pekan dan BBP Kuantan bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Roduan Sudin berkata, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki itu menggunakan teknik 'surface searching' atau pencarian di permukaan.

"Operasi tersebut akan dijalankan sehingga mangsa ditemui," katanya dalam kenyataan.

(Foto hiasan)

Media Baharu