fb fb fb fb fb

Tengku Amir berkenan lancar Sedekad Muzium Warisan Melayu di UPM

aja Muda Selangor Tengku Amir Shah melancarkan Sedekad Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM)

SERDANG, 21 Jun- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan meluangkan masa kira kira 1 jam 30 minit ke Farm Fresh @UPM di sini sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling.

Baginda juga berkenaan melakukan Demonstrasi Perah Susu Lembu dan melakukan lawatan di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Tengku Amir juga berkenan melancarkan Sedekad Muzium Warisan Melayu di UPM yang bertemakan 'Merentasi Generasi, Mengenang Tradisi'.

Muzium itu memperkenal warisan budaya, sejarah, seni dan pengetahuan lainnya kepada masyarakat melalui pelbagai acara dan kegiatan.

Baginda juga turut berkenan beramah mesra bersama-sama pelajar-pelajar di universiti itu.

Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling berakhir hari ini setelah berlangsung selama tiga hari bermula Rabu melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di Selangor.

Setakat ini, program berkenaan sudah berlangsung di daerah Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan akan menjelajah ke lima lagi daerah sehingga hujung tahun ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI