IPOH, 26 Mei- Tempoh penyelesaian sesuatu aduan adalah sekitar satu bulan sekiranya ia melibatkan agensi bawah kerajaan negeri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jika ia melibatkan agensi-agensi lain, maka perlunya proses rundingan.
Menurut beliau, di peringkat kerajaan negeri terdapat One Stop Center (OSC) atau pusat sehenti yang mengurus setiap aduan mengikut agensi masing-masing.
"Jika ada perkara berkaitan dengan sesuatu perkara di mana pejabat daerah boleh mempengerusikan One Stop Center, mereka akan memanggil semua agensi dan memutuskannya segera pada hari sama.
"Itu jika berurusan dengan One Stop Center. Tapi ada perkara macam tadi, ia berkaitan dengan agensi bukan negeri jadi ia mengambil masa.
"Ada perkara berkaitan dengan persekutuan jadi ia perlu diuruskan dengan agensi persekutuan," katanya dalam sidang media pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan siri ke 3 2025 di Ipoh.
Setakat ini sehingga siri kedua, sebanyak 71 peratus aduan berjaya diselesaikan manakala 29 peratus lagi masih dalam proses tindakan.
130 aduan lagi diterima bagi siri ketiga.