Tempoh pencalonan Anugerah Seri Angkasa ke-37 dilanjutkan

Tempoh pencalonan Anugerah Seri Angkasa (ASA) Ke-37 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026

PUTRAJAYA, 22 Jun – Kementerian Komunikasi mengumumkan tempoh pencalonan bagi Anugerah Seri Angkasa (ASA) Ke-37 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lanjutan tempoh pencalonan memberi peluang kepada lebih banyak organisasi penyiaran berlesen mengemukakan pencalonan.
  • Pencalonan mesti dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen; karya mesti pertama kali disiarkan antara 1 Jan 2024 dan 31 Dis 2025.
  • Kementerian menyediakan kemudahan akses dan penghantaran pencalonan melalui Sistem Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (myASA).
  • Semua stesen penyiaran dijemput mengemukakan pencalonan untuk 60 kategori secara dalam talian; ASA menghargai kecemerlangan industri penyiaran.

Menurut kementerian itu, lanjutan tempoh berkenaan dibuat bagi memberi peluang kepada lebih banyak organisasi penyiaran berlesen mengemukakan pencalonan masing-masing.

Sebelum ini, tempoh pencalonan dijadualkan berakhir pada hari ini, 22 Jun 2026.

Kementerian memaklumkan, syarat utama penyertaan menetapkan semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen serta karya yang dicalonkan mestilah pertama kali disiarkan di stesen penyiaran atau platform media baharu dalam tempoh antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2025.

Bagi memudahkan proses pencalonan, Kementerian Komunikasi turut menyediakan kemudahan akses dan penghantaran pencalonan melalui Sistem Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (myASA) yang beroperasi di Makmal Komputer A, Aras 19, Kompleks Kementerian Komunikasi.

Semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta dipelawa untuk merujuk serta mengemukakan pencalonan bagi 60 kategori yang dipertandingkan secara dalam talian menerusi laman sesawang Anugerah Seri Angkasa.

Anugerah Seri Angkasa merupakan pengiktirafan tertinggi industri penyiaran negara yang menghargai kecemerlangan penggiat media dan penyiaran menerusi penerbitan kandungan berkualiti serta berimpak tinggi kepada masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.