KUALA LUMPUR, 22 Mac- Hanya tujuh hari diperlukan PERKESO dalam mengurus pembayaran dan perlindungan sekiranya permohonan beserta dokumen lengkap diterima.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim semakan dan siasatan dilakukan secara serta merta.
"Sekiranya kalau ada aduan bagi satu kes spesifik yang melibatkan proses 3 atau 4 bulan mungkin dokumen tidak cukup. Tapi kalau semua dokumen cukup tapi lambat juga boleh buat aduan terus kepada kita, kita akan ambil tindakan."
"Sebenarnya bila lengkap segala dokumen yang diminta akibat daripada permohonan ini, maka dalam masa tujuh hari, pembayaran atau tindakan perlindungan akan diambil secara serta merta," katanya dalam Dewan Negara hari ini.
(Gambar Fail)
Katanya bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Juhanis Abdul Aziz berkenaan tempoh masa proses permohonan di bawah Skim Bencana Kerja PERKESO yang berkaitan COVID-19.