fb fb fb fb fb

Garis panduan di sekolah diperketat

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperketatkan pelaksanaan garis panduan yang memberi penekanan kepada keselamatan serta kesihatan warga sekolah bagi menangani jangkitan COVID-19.

Ini adalah berdasarkan situasi semasa serta nasihat yang diterima daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Ia menekankan beberapa aspek utama seperti seperti kehadiran warga sekolah yang bergejala, kebenaran masuk berdasarkan status MySejahtera, tanggungjawab guru di sekolah, pengurusan bilik guru, pengurusan murid di sekolah, pengurusan asrama, dewan makan asrama serta pengurusan kes positif di sekolah,"

Selain itu, peranan ketua kelas, pengawas dan pembimbing rakan sebaya turut diperkasakan untuk sama-sama memantau rakan-rakan yang bergejala," kata Timbalan Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin di sini.

(Alamin menjawab menjawab soalan Senator Lim Hui Ying di Dewan Negara/FOTO PARLIMEN)

Dalam perkembangan lain, Datuk Mohamad Alamin turut meminta Guru Kaunseling, Guru Pembimbing dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mengatasi tekanan dan permasalahan mental yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.

Ia bertujuan meningkatkan keyakinan murid terutamanya ketika berdepan pembelajaran secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Media Baharu