KUALA LUMPUR, 1 April - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Istana Negara, di sini hari ini.
Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama di dalam pemerintahan Baginda.
“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda sambil menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.
Turut dimuat naik gambar pertemuan berkenaan.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit.
Antara lain dipersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.